Close

Apple mungkin perkenal peranti boleh-lipat seawal 2025

Kita mungkin akan melihat peranti boleh-lipat dari Apple seawal tahun 2025. Menurut beberapa sumber, Apple dikatakan sedang aktif membangunkan prototaip peranti boleh-lipat mereka.

Sumber tersebut turut menyatakan, peranti boleh-lipat pertama yang akan diperkenalkan oleh Apple adalah bersaiz 20.3-inci yang berkemungkinan adalah MacBook. Lebih menarik, peranti boleh-lipat pertama tersebut dijangka akan tiba seawal 2025.

Manakala untuk iPhone boleh-lipat, ia dijangka akan diperkenalkan seawal 2026 atau 2027. Bagi segmen ini, Apple mungkin memperkenalkan barisan baru dengan kategori produk ultra-premium. Barisan baru tersebut akan hadir dengan dua saiz skrin iaitu 7.9-inci dan 8.3-inci. Kita mungkin boleh menjangkakan barisan baru ini akan menggunakan rekaan seperti Galaxy Fold atau OnePlus Open dan mungkin akan dipanggil sebagai iPhone hibrid.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN