Close

KWSP tidak boleh diakses pada 10 dan 11 Mei 2024

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui media sosial rasmi mereka mengumumkan perkhidmatan sistem dalam talian tidak boleh diakses pada 10 dan 11 Mei 2024.

Menurut KWSP, gangguan perkhidmatan tersebut berlaku disebabkan oleh kerja penyelenggaraan yang akan dijalankan. Kerja penyelenggaraan ini dilihat seiring dengan pengumumkan KWSP berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun yang akan berkuat kuasa bermula 11 Mei 2024.

Antara sistem dalam talian yang terjejas dengan penyelanggaraan ini adalah perkhidmatan ahli, perkhidmatan majikan dan juga perkhidmatan rakan niaga. Perkhidmatan tersebut hanya boleh diakses kembali secara normal oleh pengguna bermula 12 Mei 2024.

Berikutan dari itu, KWSP menyarankan orang ramai untuk merancang keperluan kewangan dengan lebih awal sebelum penyelenggaraan sistem dijalankan.

ARTIKEL BERKAITAN