Close

YouTube hadir dengan fungsi ‘Jump ahead’ – Ini yang perlu anda tahu

YouTube kini membawakan fungsi baru yang dipanggil sebagai ‘Jump ahead’. Fungsi ini membolehkan pengguna melangkau ke bahagian menarik dalam video yang ditonton.

Fungsi ini hanya akan diaktifkan apabila pengguna melakukan double-tap to skip forwad. Butang Jump ahead akan dipaparkan di penjuru kanan video dalam beberapa saat sebelum hilang. Sekiranya pengguna menekan, ia akan membawakan kepada bahagian menarik dalam video tersebut.

Menurut Google, fungsi ini menggunakan keupayaan kecerdasan buatan (AI) dan data tontonan pengguna dalam menentukan bahagian yang sering dilangkau oleh penonton. Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya tersedia untuk pengguna YouTube Premium di Amerika Syarikat sahaja buat ketika ini. Tidak dapat dipastikan bilakah ia akan tiba untuk pengguna global.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN