Close

iPhone 15 Pro Max adalah telefon paling laris untuk suku pertama 2024

Apple terus menjadi kuasa besar dalam pasaran telefon pintar global selepas iPhone 15 Pro Max menjadi telefon paling laris untuk suku pertama 2024.

Melalui perkongsian Counterpoint Research, memperlihatkan 4 kedudukan teratas dari 10 telefon pintar paling laris global dipegang oleh Apple melalui model iPhone 15 Pro Max dengan 4.4%, iPhone 15 dengan 4.3%, iPhone 15 Pro dengan 3.7% dan iPhone 14 dengan 1.9%.

Samsung turut berada dalam senarai telefon pintar paling laris global untuk suku pertama 2024 melalui model Galaxy S24 Ultra dengan 1.9%, Galaxy A15 5G dengan 1.5%, Galaxy A54 5G dengan 1.4%. Galaxy S24 dengan 1.0% dan Galaxy A34 dengan 1.0%. Tahun lalu, model paling laris untuk Samsung adalah peranti permulaan iaitu Galaxy A13 dan untuk tahun ini adalah peranti andalan iaitu Galaxy S24 Ultra

Secara keseluruhan, telefon pintar paling laris untuk suku pertama 2024 dipegang oleh dua pengeluar sahaja iaitu Apple dan juga Samsung. Perkara tersebut tidaklah mengejutkan, pada tahun lalu Apple dan Samsung turut melakukan perkara yang sama.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN