Close

iPad Pro dengan cip M4 tiba di Malaysia dengan harga mencecah RM12K

Apple secara rasmi memperkenalkan tablet paling berkuasa mereka iaitu iPad Pro. Tampil dengan dua pilihan saiz skrin dan dikuasakan dengan cip terbaru iaitu M4.

iPad Pro hadir dengan dua pilihan saiz skrin iaitu 11-inci dan 13-inci. Menggunakan skrin termaju yang dipanggil sebagai Ultra Retina XDR. Skrin ini menggunakan teknologi Tandem OLED yang menggabungkan dua panel OLED untuk meningkatkan tahap kecerahan puncak sehingga 1600 nits. iPad Pro baru ini juga tampil lebih nipis dengan 5.3mm untuk 11-inci dan 5.1mm untuk 13-inci.

Perkara paling mengujakan mengenai iPad Pro baru adalah ia dikuaskan dengan cip terbaru dari Apple iaitu M4. Buat pertama kali, Apple menggunakan cip terbaru pada tablet berbanding MacBook. Cip M4 dibina dengan teknologi 3nm generasi kedua. Menawarkan peningkatan prestasi CPU sehingga 50% dan prestasi GPU 4x kali lebih pantas berbanding cip M2. Selain lebih berkuasa, cip M4 juga dikatakan lebih jimat tenaga dan kurang panas.

Kekal menggunakan kamera belakang 12MP yang dipadankan dengan sensor LiDAR. Manakala untuk swafoto, ia menggunakan kamera 12MP Ultra Lebar yang turut menyokong fungsi Center Stage. Selain itu, iPad Pro baru ini turut menyokong aksesori baru iaitu Apple Pencil Pro dan Magic Keyboard.

Senarai harga jualan untuk iPad Pro M4 di Malaysia :-

iPad Pro 11-inci (WiFi)

  • RM5299 – 256GB
  • RM6299 – 512GB
  • RM8299 – 1TB
  • RM10,299 – 2TB

iPad Pro 11-inci (WiFi+5G)

  • RM6299 – 256GB
  • RM7299 – 512GB
  • RM9299 – 1TB
  • RM11,299 – 2TB

iPad Pro 13-inci (WiFi)

  • RM6799 – 256GB
  • RM7799 – 512GB
  • RM9799 – 1TB
  • RM11,799 – 2TB

iPad Pro 13-inci (WiFi+5G)

  • RM7799 – 256GB
  • RM8799 – 512GB
  • RM10,799 – 1TB
  • RM12,799 – 2TB

ARTIKEL BERKAITAN