Close

HUAWEI Watch Fit 3 tiba di Malaysia – Skrin AMOLED dengan bateri tahan sehingga 10 hari

Selain membuka pra-tempahan untuk MateBook X Pro, HUAWEI Malaysia turut membuka pra-tempahan untuk jam tangan pintar baru mereka iaitu Watch Fit 3. Kedua-dua peranti ini akan diperkenalkan secara rasmi pada 13 Mei ini.

Watch Fit 3 hadir dengan rekaan petak dengan skrin AMOLED bersaiz 1.82-inci. Turut menyokong kecerahan puncak sehingga 1500 nits dengan nisbah skrin-ke-badan 77.4%. Menggunakan bahan binaan jenis aluminium dengan berat hanya 26 gram sahaja. Menarik mengenai Watch Fit 3 adalah ia kini mempunyai tombol fizikal boleh berputar mirip seperti digital crown pada Apple Watch.

Untuk penderia kesihatan, Watch Fit 3 dilengkapi dengan pemantauan kadar denyutan jantung dan pengukuran SpO2 melalui sistem TruSeen 5.5. Selain itu, ia turut menyokong pemantauan tidur melalui TruSleep, pemantaun kalori, kitaran haid dan banyak lagi. Dari segi kecergasan, ia mempunyai lebih dari 100 mod sukan dan mampu mengesan 6 jenis senaman secara automatik.

Dimuatkan dengan bateri 400mAh yang mampu bertahan sehingga 10 hari untuk penggunaan biasa. Untuk pengecasan ia menggunakan sistem pengecasan jenis magnetik. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti Bluetooth 5.2, penarafan 5 ATM dan menyokong panggilan suara dan notifikasi.

Bagi yang berminat, Watch Fit 3 boleh mula di-pratempah bermula hari ini sehingga 17 Mei melalui laman web rasmi HUAWEI atau kedai rasmi atas talian HUAWEI Malaysia. Pembeli terawal bakal menikmati baucar bernilai RM30 dan pakej hadiah bernilai RM89.

ARTIKEL BERKAITAN