Close

CMF mungkin perkenal telefon pintar mampu milik tak lama lagi

Sub-jenama kepada Nothing iaitu CMF dijangka akan memperkenal telefon pintar pertama mereka tidak lama lagi. Pada ketika ini, CMF telahpun menawarkan beberapa peranti seperti TWS, jam tangan pintar dan pengecasan.

Menurut laporan. telefon pintar pertama dari CMF akan dikenali sebagai Phone (1) dan menggunakan kod model A015. Peranti ini dijangka hadir dengan cip Dimensity 5G, skrin 6.5-inci dan menggunakan kamera tunggal belakang. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 33W.

CMF Phone (1) berkemungkinan akan menjalankan sistem operasi Nothing OS dengan sokongan kemas kini selama 3 tahun. Dari segi binaan, ia menggunakan binaan jenis plastik dan dilindungi dengan kaca Gorilla Glass pada skrin hadapan. Ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Orange, White dan Black.

Untuk harga jualan, CMF Phone (1) dijangka akan dijual pada harga yang lebih rendah dari Phone (2a) iaitu sekitar $140 (RM663). Peranti ini dijangka akan menjadi alternatif terbaik untuk pengguna yang ingin mencuba produk Noting tanpa memerlukan bajet yang besar.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN