Close

Tecno POVA 6 tiba di Malaysia dengan harga RM899

Tecno Malaysia kini menawarkan satu lagi peranti baru untuk pasaran tempatan melalui model POVA 6. Merupakan peranti kelas pertengahan yang hadir dengan spesifikasi yang lebih baik dan rekaan yang lebih menarik.

POVA 6 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G99 Ultimate yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan kamera tunggal belakang dengan sensor 108MP dan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 70W. Menarik mengenai peranti ini, ia menyokong sistem lampu LED Dynamic Light-Effect yang mirip seperti sistem LED Glyph pada Nothing Phone.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP53, pembesar suara jenis stereo, Bluetooth 5.3, NFC dan menjalankan sistem operasi berasaskan Android 14.

Di Malaysia, Tecno POVA 6 dijual pada harga RM899 untuk 8GB + 256GB. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Comet Green, Meteorite Grey dan Interstellar Blue. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula didapatkan di semua pengedar rasmi Tecno Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN