Close

Siri iQOO Z9 boleh mula dibeli di Malaysia dengan harga bermula RM999

Selepas hanya ditawarkan secara pra-tempahan, siri iQOO Z9 kini boleh dibeli secara terus melalui pengedar rasmi iQOO Malaysia. Siri iQOO Z9 5G ditawarkan dalam dua pilihan model iaitu iQOO Z9 dan iQOO Z9x.

iQOO Z9 5G dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 6000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan FlashCharge 80W.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang sensor utama 50MP + 2MP kedalaman dan swafoto 16MP. Untuk spesifikasi lain, iQOO Z9 5G dilengkapi dengan pengimbas cap jari di bawah skrin, pembesar suara jenis stereo, IR Blaster, NFC, penarafan IP64 dan menjalankan sistem operasi OriginOS 4 berasaskan Android 14.

Untuk pasaran Malaysia, iQOO Z9 5G dijual pada harga bermula RM1399 untuk 8GB + 256GB dan RM1499 untuk 12GB + 256GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dibeli bermula hari ini di semua pengedar rasmi iQOO Malaysia.

Manakala untuk iQOO Z9x 5G, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.72-inci dengan resolusi FHD dan turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 1 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan FlashCharge 44W.

Turut menggunakan tetapan dwi-belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP kedalaman dan swafoto 8MP. Untuk spesifikasi lain, iQOO Z9x 5G dilengkapi dengan pengimbas cap jari pada butang, pembesar suara mono, bicu audio 3.5mm, NFC dan penarafan penarafan IP64.

Di Malaysia, iQOO Z9x 5G dijual pada harga bermula RM999 (8GB + 128GB), RM1099 (8GB + 256GB) dan RM1199 (12GB + 256GB). Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dibeli bermula hari ini di semua pengedar rasmi iQOO Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN