Close

TikTok saman kerajaan AS

TikTok yang dimiliki oleh ByteDance telah memfailkan saman terhadap kerajaan Amerika Syarikat (AS). Saman tersebut difailkan berhubung dengan rang undang-undang yang memaksa TikTok dijual kepada syarikat bukan China atau diharamkan di negara tersebut.

Melalui saman yang difailkan, ByteDance menyatakan tindakan rang undang-undang tersebut tidak mengikut perlembagaan dan tidak pernah dilakukan sebelum ini. Selain itu, ByteDance turut menyatakan yang kerajaan AS tidak berdaya maju atau anti persaingan kerana mengehadkan perkembangan platform media sosial. Selain itu, ia perkara yang mustahil untuk memindahkan semua data yang dimiliki oleh TikTok kepada syarikat baru dalam tempoh 270 hari.

Sebelum ini, kerajaan AS telah mengenakan tindakan undang-undang kepada ByteDance dengan memberikan dua pilihan iaitu menjual TikTok kepada syarikat lain atau berhenti beroperasi di Amerika Syarikat. RUU tersebut memberi tempoh sehingga 9 bulan untuk ByteDance menjual TikTok dan tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga 12 bulan.

Melalui pemfailan saman ini, ByteDance mengharapkan Peguam Negara AS tidak menguatkuasakan undang-undang tersebut dan penghakiman mengisytiharkan undang-undang tersebut tidak mengikut perlembagaan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN