Close

WhatsApp dah ‘berwajah baru’ – Apa yang baru?

WhatsApp kini menawarkan antara muka baru untuk pengguna Android dan iOS. Melaluinya, antara muka WhatsApp kini dilihat lebih menarik, lebih moden dan lebih mudah untuk digunakan.

Perubahan kali ini lebih memfokuskan kepada penggunaan warna hijau pada menu, notifikasi dan lain-lain. Terdapat juga elemen lutsinar dan animasi tambahan untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih menarik. Selain itu, sokongan carian kini boleh diakses dengan lebih mudah dan pantas.

Untuk Android, perubahan paling ketara adalah bahagian menu kini diletakkan di bahagian bawah sekaligus memudahkan ia untuk diakses. Selain itu, mod gelap (dark mode) kini lebih gelap untuk memastikan teks dapat dilihat dengan jelas manakala mod terang (light mode) kini mempunyai lebih banyak ruang putih.

Bagi iOS pula, perubahan paling ketara adalah pertukaran tema warna dari biru kepada hijau yang merangkumi bahagian seperti butang, bilangan perbualan belum dibaca, ikon, status dan lain-lain.

Buat masa ini, kemas kini ini telahpun dilepaskan secara berperingkat. Kita mungkin boleh menjangkakan yang ia akan tersedia dalam masa terdekat untuk semua pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN