Close

Apple mohon maaf sebab iklan kontroversi iPad Pro

Apple membuat permohonan maaf berikutan iklan promosi iPad Pro yang mendapat reaksi negatif oleh kebanyakkan pengguna di seluruh dunia.

Iklan yang bertajuk Crush! | iPad Pro | Apple yang berdurasi 1 minit 8 saat itu telah menerima reaksi negatif oleh peminat kreativiti dan seni di seluruh dunia. Iklan yang dibuat untuk mempromosikan tahap kenipisan iPad Pro telah dilakukan dengan cara menghancurkan permainan video, televisyen, alat muzik dan lain-lain menggunakan mesin hidraulik gergasi. Pada ketika ini, iklan tersebut telahpun ditonton lebih dari 1.4 juta pengguna di seluruh dunia.

Berikutan dari itu, beberapa pengguna menyatakan yang iklan tersebut dilihat tidak sensitif kepada artis, ahli muzik atau penggiat seni. Selain itu, sesetengah pengguna beranggapan perbuatan menghancur atau memusnahkan barangan adalah tidak beradab dan melampui batas.

iPad Pro telah dilancarkan pada 7 Mei lalu. Merupakan produk Apple pertama menggunakan cip Apple M4 dan peranti paling nipis yang pernah dihasilkan oleh mereka.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN