Close

realme GT Neo6 diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8s Gen 3, kecerahan puncak 6000 nits dan pengecasan 120W

realme GT Neo6 secara rasmi telahpun dilancarkan untuk pasaran China. Tampil dengan spesifikasi yang berkuasa bersama dengan rekaan yang lebih menarik.

realme GT Neo6 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 6000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX882 + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Bateri 5500mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 120W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pembesar suara jenis stereo, penarafan IP65, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan realme UI 5.0 berasaskan Android 14.

Di China, realme GT Neo6 dijual pada harga bermula sekitar RMB2099 (RM1378) (12GB + 256GB), RMB2399 (RM1577) (16GB + 256GB) dan RMB2999 (RM1966) (16GB + 1TB).

ARTIKEL BERKAITAN