HUAWEI Malaysia kini membuka pra-tempahan untuk komputer riba baru mereka iaitu MateBook X Pro. Komputer riba ini akan diperkenalkan secara rasmi pada 13 Mei ini. Merupakan komputer riba paling ringan dan paling berkuasa yang pernah dihasilkan oleh HUAWEI.
MateBook X Pro hadir dengan skrin OLED bersaiz 14.2-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Intel Core Ultra 9 atau Intel Core Ultra 7 yang dipadankan dengan RAM sehingga 32GB dan storan dalaman sehingga 2TB SSD. Menarik mengenai MateBook X Pro adalah ia hanya seberat 980 gram sahaja, menjadikan ia sebagai komputer riba paling ringan di pasaran pada ketika ini.
Dari segi sambungan, ia menyokong 1x USB-C dan 2x Thunderbolt 4. Tidak ketinggalan ia turut menyokong pengimbas cap jari pada butang kuasa. Dimuatkan dengan bateri 70Wh yang menyokong pengecasan pantas 90W.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti sokong WiFi 6E, Bluetooth 5.3, 6 pembesar suara, 4 mikrofon dan menjalankan Windows 11 Home. MateBook X Pro ini turut menyokong beberapa fungsi menarik seperti Super Device, HUAWEI PC Manager dan HUAWEI Superhub.
Bagi yang berminat, Huawei MateBook X Pro boleh mula di-pratempah bermula hari ini sehingga 12 Mei dengan deposit tempahan serendah RM70 sahaja. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM4582.