Close

Maybank kini menyokong Google Wallet

Berita gembira untuk pengguna Maybank dan Android, anda kini boleh mula menggunakan perkhidmatan dompet digital melalui Google Wallet. Sekaligus membolehkan pengguna melakukan pembayaran secara nirtunai seperti mana Apple Pay.

Untuk sokongan kad, Maybank melalui laman web rasmi menyatakan Google Wallet menyokong kad Visa atau Mastercard yang merangkumi kad kredit dan kad debit. Selain itu, Maybank turut menawarkan promosi pulangan tunai 100% untuk transaksi pertama bagi 1000 pengguna terawal.

Untuk mula menggunakan perkhidmatan ini, pengguna perlu muat turun aplikasi Google Wallet di Play Store terlebih dahulu. Selepas itu, pilih Add to Wallet kemudian masukkan maklumat kad dan tunggu sehingga proses selesai. Pastikan NFC dihidupkan sebelum anda melakukan sebarang pembayaran.

Google Wallet mula tersedia untuk pengguna Malaysia sekitar November 2022. Selain Maybank, perkhidmatan ini turut menyokong beberapa perbankan lain seperti Hong Leong Bank, CIMB Bank, Standard Chartered, Public Bank, HSBC Bank, Bank Muamalat dan Wise.

Untuk maklumat lanjut mengenai Google Wallet, layari laman web rasmi Maybank.

ARTIKEL BERKAITAN