Close

Australia meluluskan larangan media sosial untuk individu bawah 16 tahun

Australia telah meluluskan larangan media sosial untuk kanak-kanak bawah umur 16 tahun.

Larangan atau rang undang-undang tersebut telahpun diluluskan oleh ahli parlimen Australia pada Khamis lalu. Perlaksanaan larangan ini akan dibuat dalam tempoh 12 bulan akan datang. Larangan tersebut dibuat untuk melindungi kesihatan fizikal dan mental individu bawah umur 16 tahun.

Berikutan itu, platform media sosial perlu memastikan perlindungan pengesahan tersebut dilaksanakan. Sekiranya gagal, didenda sekitar $32 juta akan dikenakan. Australia merancang untuk menggunakan sistem kad pengenalan atau pengesahan biometrik untuk perlaksanaan tersebut.

Namun begitu, platform yang digunakan untuk tujuan pendidikan seperti YouTube dan WhatsApp akan dikecualikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN