Close

SUUNTO Run tiba di Malaysia dengan harga RM1199

SUUNTO Malaysia secara rasmi memperkenalkan jam tangan pintar baru mereka iaitu SUUNTO Run. Peranti ini tampil dengan pakej yang menarik merangkumi spesifikasi dan rekaan yang sesuai untuk pemula.

SUUNTO Run hadir dengan rekaan bulat dengan skrin AMOLED bersaiz 1.32-inci dengan resolusi 466 x 466 dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass. Peranti ini hanya setebal 11.5mm dengan berat sekitar 35 gram sahaja.

Hadir dengan pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan secara seperti pemantauan waktu tidur, HRV status, pengesanan tekanan, penjejakan kadar degupan jantung dan lain-lain.

Turut menyokong 34 mod sukan secara terbina seperti walking, cycling, pool swimming dan banyak lagi. Selain itu, ia juga menyokong mod larian spesifik seperti Ghost runner, Race predictor dan lain-lain.

Dari segi ketahanan bateri, SUUNTO Run ini mampu bertahan sehingga 12 hari untuk penggunaan biasa dan mencapai sehingga 20 hari dengan mod penjimatan. Peranti ini turut dimuatkan dengan storan 4GB yang boleh digunakan untuk memuatkan lagu. Selain itu, SUUNTO Run ini hadir dengan sistem operasi baru yang dipanggil sebagai Nordic Chic, tawar antara muka yang lebih segara dan menarik.

Di Malaysia, SUUNTO Run dijual pada harga RM1199 dan ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu All Black, Lime, Coral Orange dan Frost Grey.

ARTIKEL BERKAITAN