Close

POCO F7 akan hadir dengan bateri 7550mAh dan pengecasan 90W

POCO bakal memperkenalkan satu lagi peranti baru iaitu POCO F7 tidak lama lagi. Peranti ini dijangka akan tiba ke pasaran India pada bulan ini.

POCO F7 dijangka akan dilengkapi dengan bateri sebesar 7550mAh yang menggunakan teknologi silikon karbon. Menyokong pengecasan pantas 90W berwayar dan 22.5W untuk pengecasan berbalik. Peranti ini akan menjadi peranti dengan kapasiti bateri paling besar untuk pasaran India.

Selain itu, POCO F7 mungkin akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 4 dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB. Menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.83-inci dengan resolusi 1280p dan menyokong paparan 120Hz.

Menurut laporan lain, POCO F7 adalah penjenamaan semula dari model Redmi Turbo 4 Pro yang ditawarkan di China. Buat masa ini, tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran yang dikongsi. Jadi, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN