Apple mengumumkan program pembaikan percuma untuk Mac mini M2 yang terjejas dengan masalah sambungan kuasa. Sebahagian Mac mini M2 dilaporkan tidak boleh dihidupkan disebabkan oleh masalah sambungan kuasa.

Menurut Apple, unit yang terjejas adalah unit yang dikeluarkan antara 16 Jun hingga 23 November 2024. Pengguna boleh menyemak peranti dan juga kelayakan dengan memasukkan nombor siri di laman web Apple. Sekiranya peranti terjejas dan layak, pengguna akan menerima pembaikan secara percuma melalui kedai Apple atau penyedia khidmat sah Apple (AASP).
Program ini turut tersedia untuk peranti yang telah tamat tempoh jaminan dan ditawarkan di peringkat global. Mac mini M2 yang diperkenalkan pada 2023 ditawarkan dengan jaminan selama 3 tahun.