Google bakal menamatkan sokongan Android Instant App menjelang akhir tahun 2025.

Buat yang tidak mengetahui, Instan App membolehkan pengguna mencuba aplikasi tanpa perlu memasangnya terlebih dahulu. Tujuan utama sokongan ini diperkenalkan adalah untuk mempercepatkan akses kandungan dalam masa yang menjimatkan penggunaan data.

Walau bagaimanapun, sokongan Instant App dilihat tidak mendapat sambutan yang sepatutnya. Bahkan, kebanyakkan penguna mungkin tidak menyedari kewujudan sokongan atau ciri ini. Bukan itu sahaja, kegagalan pembangun untuk mengimplementasikan sokongan ini pada aplikasi mereka turut menyumbang kepada penamatannya.
Google mula memperkenalkan Instants App pada 2016 dan digunakan pada aplikasi bermula tahun 2017.