vivo secara rasmi mengesahkan ketibaan peranti baru ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Peranti yang akan diperkenalkan adalah X200 FE dan perkara tersebut telah dikongsi melalui Facebook rasmi vivo.

Melalui perkongsian tersebut, vivo telah memperlihatkan bayangan rekaan peranti dan juga nama model iaitu X200 FE. Selain itu, terdapat sentuhan beberapa warna yang disertakan iaitu kuning, merah jambu dan biru. Sekaligus, memberikan gambaran pilihan warna yang mungkin akan ditawarkan.

Menurut laporan lain, X200 FE mungkin hadir dengan rekaan yang kompak dengan skrin jenis rata bersaiz 6.31-inci. Selain itu, peranti ini akan turut menggunakan kamera Zeiss yang menjanjikan hasil imej yang lebih baik dan berkualiti tinggi.
Peranti ini, telahpun dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia pada Mei lalu. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancarannya yang dikongsi oleh vivo. Kita mungkin boleh menjangkakan perkara tersebut akan dikongsi dalam masa terdekat.