Close

realme P3 Ultra kini rasmi di Malaysia dengan harga RM1699

realme P3 Ultra kini tiba secara rasmi ke pasaran tempatan, merupakan siri P pertama yang ditawarkan oleh realme.

realme P3 Ultra hadir dengan skrin jenis melengkung bersaiz 6.83-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 8350 Ultra yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX896 + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W dan ciri Bypass Charging. Selain itu, peranti ini turut menyokong sistem penyejukan yang menjanjikan pengurusan haba yang lebih baik.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah penarafan IP68/IP66/IP69, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, Bluetooth 5.4 dan menjalankan realme UI 6.0 berasaskan Android 15.

Di Malaysia, realme P3 Ultra dijual pada harga RM1699 untuk 12GB + 256GB. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM349 yang termasuk dengan baucar pelancaran RM150 dan jaminan tambahan selama 1 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN