Close

HONOR X6c kini rasmi di Malaysia dengan harga RM599

HONOR Malaysia mengemas kini penawaran mereka dengan memperkenalkan satu lagi peranti baru iaitu HONOR X6c. Hadir dengan spesifikasi menarik dengan pelbagai fungsi kecerdasan buatan (AI).

HONOR X6c tampil dengan skrin LCD bersaiz 6.61-inci dengan resolusi HD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G81 Ultra yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan kamera utama 50MP dan swafoto 5MP. Dimuatkan dengan bateri 5300mAh yang menyokong pengecasan 35W. Peranti ini turut hadir dengan butang AI Instant untuk pintasan fungsi dan aplikasi seperti kalendar, lampu suluh, kalkulator, tangkap layar dan sebagainya.

Selain itu, ia turut dimuatkan dengan pelbagai ciri AI seperti Homework Assistant, Text Translation, Search Object dan sebagainya. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan seperti penarafan IP64 dan menjalankan MagicOS 9.0 yang berasakan Android 15.

HONOR X6c dijual pada harga RM599 untuk 8GB + 256GB dan ditawarkan dengan 2 pilihan warna iaitu Midnight Black dan Ocean Cyan. Bagi yang berminat, peranti boleh dibeli di semua pengedar rasmo HONOR Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN