Close

ChatGPT kini menyokong janaan imej pada WhatsApp

Berita gembira untuk pengguna WhatsApp, anda kini boleh menjana imej secara terus melalui ChatGPT pada WhatsApp.

Sebelum ini, ChatGPT pada WhatsApp hanya membolehkan pengguna bertanyakan soalan atau muat naik imej sahaja. Terbaru, ChatGPT pada WhatsApp kini menyokong kemampuan untuk menjana imej.

Melaluinya, pengguna kini boleh memberikan arahan pada ChatGPT untuk menjana imej secara terus pada WhatsApp. Namun begitu, proses tersebut mengambil sedikit masa dan hanya terhad untuk satu janaan imej dalam tempoh 24 jam atau sehari.

Untuk membolehkan pengguna menjana imej lebih banyak dalam satu hari, pengguna perlu menyambungkan akaun ChatGPT. Selepas proses berjaya, pengguna boleh menjana sehingga 15 imej dalam satu hari.

Sebagai perbandingan, fungsi atau ciri ini hanya boleh diakses melalui web atau aplikasi ChatGPT sahaja. Kini, sokongan tersebut lebih mudah untuk diakses dengan hanya melalui aplikasi WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN