Close

Cara aktifkan ChatGPT pada aplikasi WhatsApp

OpenAI memperluaskan lagi sokongan ChatGPT dengan memperkenalkan fungsi tersebut pada aplikasi WhatsApp. Sekaligus, membolehkan pengguna mengakses ChatGPT secara terus tanpa perlu menggunakan web,aplikasi dan sebagainya.

Namun begitu, untuk menggunakan ChatGPT pada WhatsApp pengguna perlu mengaktifkannya terlebih dahulu.

Untuk mula mengaktifkan ChatGPT, pengguna perlu menambah atau menyimpan nombor 1-800-242-8478 atau 1-800-ChatGPT. Kemudian, mulakan perbualan dengan menghantar teks kepada nombor tersebut.

Walau bagaimanapun, kemampuan ChatGPT pada WhatsApp ini tidaklah setanding versi berbayar atau versi web. Selain itu, ia hanya menyokong komunikasi melalui teks sahaja tiada sokongan carian dan perbualan melalui imej.

Data yang dilatih atau digunakan pada ChatGPT juga terhad atau terbatas pada data yang ada hingga Januari 2022 sahaja. Pengguna juga tidak boleh mengintegrasikan akaun ChatGPT sedia ada. Kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak sokongan dan fungsi akan diperkenalkan oleh ChatGPT pada WhatsApp.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN