MediaTek bakal memperkenalkan cip Dimensity generasi baru pada 23 Disember ini di China. Maklumat tersebut dikongsi melalui media sosial rasmi MediaTek di Weibo.
Namun begitu, perkongsian tersebut tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai cip yang akan diperkenalkan. Walau bagaimanapun, terdapat laporan menyatakan ia berkemungkinan adalah cip Dimensity 8400.
Cip tersebut dikatakan hadir dengan teknologi binaan 4nm dengan konfigurasi 1+3+4 dan dipadankan dengan GPU Immortalis-G720 MC7. Skor penanda aras untuk cip ini dikatakan mencapai sehingga 1.8 Juta pada aplikasi AnTutu.
Peranti terawal yang dijangka akan menggunakan cip ini adalah Redmi Turbo 4. Peranti ini berkemungkinan akan tiba diperkenalkan dalam masa terdekat.