Perkhidmatan kecerdasan buatan dari OpenAI iaitu ChatGPT kini boleh digunakan pada aplikasi WhatsApps.
Melaluinya, pengguna boleh berinteraksi atau berkomunikasi dengan menggunakan teks. Sekaligus, memudahkan pengguna untuk mengakses ChatGPT tanpa perlu menggunakan web dan sebagainya. Namun begitu, ia tidak menyokong fungsi lain seperti carian dan perbualan melalui imej.
Selain itu, Chatbot ini tidak boleh ditambah ke dalam kumpulan dan tidak menyokong pautan pada akaun ChatGPT sedia ada.
Untuk mula menggunakan ChatGPT pada WhatsApp anda hanya perlu menambah atau menyimpan nombor 1-800-242-8478 atau 1-800-ChatGPT kemudian mulakan perbualan dengan menghantar teks kepada nombor tersebut.