Close

Apple batalkan rancangan untuk perkenal pelan langganan iPhone

Apple sebelum ini pernah merancang untuk memperkenalkan pelan langganan iPhone. Melaluinya, pengguna tidak lagi perlu membeli iPhone secara terus sebaliknya membayar secara bulanan seperti mana langganan aplikasi.

Terbaru, Apple dikatakan telah membatalkan rancangan untuk memperkenalkan pelan langganan iPhone. Antara sebab rancangan tersebut dibatalkan adalah kerana kebimbangan terhadap peraturan dan masalah pepijat atau perisian.

Laporan tersebut turut mendedahkan, pasukan yang terlibat dalam perkhidmatan langganan tersebut telah dibubarkan dan dipindahkan ke projek yang lain. Secara asasnya, pelan ini membolehkan pengguna untuk memiliki iPhone dengan membayar langganan yang di tetapkan dan boleh menaik taraf ke model baru secara percuma.

Pelan langganan iPhone ini sepatutnya tiba pada penghujung 2022 atau awal 2023. Namun, disebabkan beberapa permasalahan perkhidmatan tersebut ditangguhkan dan dibatalkan atau dihentikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN