Bermula Januari 2025, Kementerian Komunikasi akan memantau dan mengambil langkah tambahan pada platform media sosial yang gagal melaksanakan larangan had umur penggunaan yang ditetapkan oleh platform tersebut.
Menurut Menteri Komunikasi iaitu Fahmi Fadzil, langkah tersebut diambil susulan perlaksanaan pelesenan platform media sosial yang akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2025. Pada ketika ini, kebanyakkan platform media sosial menetapkan had umur penggunaan pada 13 tahun.
Kerajaan tidak bercadang untuk melarang individu berusia 16 tahun dan ke bawah untuk menggunakan media sosial seperti mana di Australia. Menurut beliau, tugas penguatkuasaan terhadap had umur itu diserahkan kepada platform media sosial sebagai jaminan kestabilan polisi kerana tidak mahu menyekat kebebasan bersuara.
Selain itu, platform media sosial dan pesanan internet yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 juta pengguna sedang di fasa akhir proses pendaftaran Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawa Aktra Komunikasi dan Multimedia 1998.