Fon lipat OnePlus seterusnya iaitu Open 2 dijangka akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Elite.
Menurut laporan, OnePlus Open 2 akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite. Bukan itu sahaja, peranti ini akan turut menggunakan rekaan yang lebih nipis dan ringan berbanding generasi sebelumnya.
OnePlus Open 2 akan turut dilengkapi dengan kapasiti bateri yang lebih besar dan menyokong pengecasan tanpa wayar. Spesifikasi lain yang dijangka akan turut dibawakan adalah seperti penarafan IPX8, kamera periskop 50MP dan menjalankan Oxygen OS 15 berasaskan Android 15.
Laporan tersebut turut menyatakan, OnePlus Open 2 dan OPPO Find N5 adalah peranti yang sama seperti mana OnePlus Open dan OPPO Find N3.