Close

Google Pixel 10 mungkin guna modem dari MediaTek

Bermula siri Google Pixel 10, Google tidak lagi menggunakan modem dari Exynos sebaliknya menggunakan modem dari MediaTek.

Menurut laporan, siri Pixel 10 akan dilengkapi dengan modem terbaru dari MediaTek. Modem tersebut mungkin akan dikenali sebagai T900. Maklumat mengenai modem tersebut masih tidak diketahui berikutan ia belum lagi diperkenalkan.

Sebelum ini, Google menggunakan modem dari Samsung berikutan cip Tensor dibangunkan oleh syarikat tersebut. Namun, prestasi modem dari Samsung dikatakan jauh ketinggalan berbanding pengeluar lain.

Seperti kita tahu, Cip Tensor seterusnya tidak lagi dihasilkan oleh Samsung sebaliknya akan dihasilkan oleh TSMC secara sepenuhnya. Sekaligus, membolehkan Google menggunakan modem dari pengeluar lain.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengapa Google memilih untuk menggunakan modem MediaTek berbanding Qualcomm. Kita mungkin boleh menjangkakan modem dari MediaTek sedikit lebih murah berbanding modem Qualcomm.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN