Close

Nothing OS 3.0 kini tersedia untuk Phone (2) dan (2a)

Berita gembira untuk pengguna Nothing Phone (2) dan Phone (2a), kemas kini Nothing OS 3.0 berasaskan Android 15 kini tersedia untuk kedua-dua model tersebut.

Nothing OS 3.0 membawakan pelbagai peningkatan yang merangkumi prestasi sistem operasi, fungsi dan juga perubahan pada antaramuka yang lebih baik dari sebelumnya. Antara perubahan yang dibawakan pada Nothing OS 3.0 adalah seperti ubahsuai lock screen yang lebih baik, sokongan Smart Drawer, sokongan widget yang lebih menarik, pretasi kamera yang dipertingkat dan banyak lagi.

Kemas kini ini telahpun dilepaskan secara berperingkat dan dijangka akan tersedia kepada semua pengguna tidak lama lagi. Untuk mengemas kini, pergi ke Settings > System > System Update.

Kami menjangkakan kemas kini Nothing OS 3.0 akan turut tersedia pada Phone (1) dan Phone (2a) Plus dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN