Close

ChatGPT Search kini boleh diakses secara percuma untuk semua pengguna

Sebelum ini, OpenAI telahpun mengumumkan ChatGPT Search yang memboleh pengguna membuat carian secara terus melaluinya.

Terbaru, ChatGPT Search kini tersedia untuk semua pengguna dan ditawarkan secara percuma. Melaluinya, pengguna boleh melakukan carian tanpa perlu beralih kepada aplikasi atau enjin carian lain. Namun begitu, pengguna perlu melakukan log masuk ke ChatGPT terlebih dahulu.

Menurut OpenAI, ChatGPT Search mampu memberikan hasil carian dan jawapan yang lebih tepat dan relevan berdasarkan kepada pertanyaan pengguna. Setiap jawapan yang diberikan akan turut disertakan dengan pautan.

ChatGPT Search boleh diakses melalui chatgpt.com, aplikasi desktop dan juga peranti mudah alih.

ARTIKEL BERKAITAN