OpenAI mengumumkan ChatGPT Search sekaligus membolehkan pengguna membuat carian secara langsung tanpa perlu beralih kepada aplikasi atau enjin carian lain.
OpenAI mendakwa yang ChatGPT Search mampu memberikan hasil carian dan jawapan yang lebih tepat dan relevan berdasarkan kepada pertanyaan pengguna. Setiap jawapan yang diberikan akan turut disertakan dengan pautan.
Fungsi ini turut membolehkan pengguna mengajukan soalan dalam bentuk perbualan dalam masa yang sama pengguna turut boleh bertanyakan pelbagai soalan susulan. Sekaligus, membolehkan pengguna memahami dengan lebih mendalam berkenaan sesuatu perkara.
Selain itu, ia juga dapat mengatasi masalah maklumat tidak tepat yang kerap berlaku pada ketika ini. Ketibaan fungsi ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan carian maklumat yang lebih kompleks. Ia juga menjadikan interaksi dengan AI menjadi lebih menarik, bermanfaat dan relevan.
Buat masa ini, ChatGPT Search ini hanya tersedia untuk pengguna berbayar sahaja. Fungsi ini akan turut tersedia untuk pengguna percuma dalam beberapa bulan akan datang. ChatGPT Search dijangka akan menjadi pencabar kepada enjin carian seperti Google.