Samsung mungkin tidak lagi akan menggunakan nama ‘Galaxy’ pada peranti andalan mereka.
Menurut laporan, Samsung merancang untuk melakukan penjenamaan semula bagi peranti andalan mereka. Bermaksud, Samsung akan menggunakan nama selain ‘Galaxy’ pada peranti premium mereka. Pada ketika ini, Samsung mengkelaskan peranti mereka kepada Galaxy S, Galaxy Z, Galaxy M, Galaxy F dan Galaxy A.
Yang mana, semua model ini diletakkan di bawah penjenamaan yang sama iaitu ‘Galaxy’. Dengan menggunakan penjenamaan yang sama ia menyukarkan pengguna untuk membezakan antara peranti andalan, peranti mampu milik dan peranti boleh lipat.
Penjenamaan semula ini dijangka akan menjadi titik perubahan yang positif dan inovatif untuk Samsung. Selain itu, ia memudahkan pengguna untuk membezakan dan mengenalpasti kelas peranti dengan hanya melihat kepada nama sahaja.
Penjenamaan semula bukanlah perkara yang baru, terdapat pelbagai jenama dan syarikat melakukan perkara tersebut antaranya Hyundai yang menjenamakan model premium mereka dengan nama Genesis.