Close

Android 16 akan tiba lebih awal pada suku kedua 2025

Sebelum ini, kami ada melaporkan mengenai Google mungkin akan menawarkan kemas kini Android 16 lebih awal dari kebiasaan.

Dalam perkembangan terbaru, Google mengesahkan yang Android 16 akan diperkenalkan lebih awal iaitu pada suku kedua 2025. Bermaksud, Android 16 akan dilepaskan sekitar April atau Jun tahun hadapan. Perubahan ini adalah untuk menyelaraskan jadual kemas kini Android dengan lebih baik. Sekaligus, membolehkan peranti Android terbaru ditawarkan dengan kemas kini Android paling terkini.

Perubahan tersebut menyaksikan Google akan melepaskan dua kemas kini untuk Android 16. Pertama pada suku kedua 2025 dan kedua pada suku keempat 2025. Kemas kini kedua berkemungkinan adalah Android 16.1 hadir dengan beberapa fungsi tambahan dan penyelesaian masalah pepijat.

Berikutan dari itu, Google berkemunginan akan mula melepaskan Android 16 Developer Preview lebih awal untuk membolehkan kemas kini Android 16 tersedia pada suku kedua 2025.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN