Close

KTMB akan guna Sistem Pembayaran Tanpa Tunai sepenuhnya bermula Januari 2025

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan yang mereka akan beralih kepada Sistem Pembayaran Tanpa Tunai sepenuhnya bermula 1 Januari 2025.


Peralihan ini akan melibatkan semua transaksi pembelian tiket di sektor Lembah Klang, Utara, Selatan dan Pantai Timur. Walau bagaimanapun, buat masa ini kaunter tiket masih lagi menerima transaksi tunai sehingga penhujung tahun ini.

Dalam proses peralihan kepada Sistem Pembayaran Tanpa Tunai, KTMB telah menggunakan pelbagai medium untuk melakukan hebahan mengenai perlaksanaan tersebut. KTMB turut menawarkan 500 railpointts secara percuma bagi 1000 pendaftaran terawal aplikasi KTMB Mobile (KITS).

Pengguna atau pelanggan tidak perlu risau dengan perubahan ini kerana kakitangan di stesen akan membantu pengguna untuk mendaftar aplikasi KITS, membuat pembelian tiket dan sebagainya. Selain itu, pengguna masih boleh membuat pembelian tiket melalui medium sedia ada atau melalui laman rasmi KTMB.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN