Selepas menyekat penjualan iPhone 16, Indonesia kini dilihat turut menyekat penjualan Google Pixel di negara tersebut.
Indonesia menyekat penjualan Google Pixel selepas syarikat tersebut gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan. Peranti yang dijual perlu menggunakan sekurang-kurangnya 40% komponen atau perisian yang dikeluarkan secara domestik.
Menurut Febri Hendri Antoni Arief, jurucakap kementerian industri, produk dari Google tidak mematuhi skim yang ditetapkan, jadi peranti tersebut tidak boleh dijual di sini. Peraturan ini ditekankan supaya adanya keadilan untuk semua pelabur di Indonesia.
Namun begitu, pengguna masih boleh membeli peranti tersebut di luar negara dan perlu membayar cukai yang sepatutnya. Selain itu, kerajaan akan turut mempertimbangkan untuk menyahaktifkan peranti yang dijual secara haram.
Pada ketika ini, Google dan Apple bukanlah pembuat telefon pintar utama untuk pasaran Indonesia. Sebaliknya, OPPO dan Samsung yang mendominasi pasaran telefon pintar di negara tersebut. Kedua-dua syarikat ini