Radio Televisyen Malaysia atau RTM dilaporkan akan menghentikan siaran saluran mereka di platform Astro bermula 1 Julai 2026.

Merujuk surat pekeliling bertarikh 11 Mei, RTM memaklumkan keputusan tersebut dibuat selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan kadar harga dan juga kontrak penyiaran. Kos sewaan saluran yang semakin membebankan mendorong keputusan untuk menamatkan kerjasama tersebut.
Dengan ketupusan tersebut, saluran TV1-HD, TV2-HD dan juga Okey tidak lagi akan siarkan melalui platform Astro. Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh menonton saluran RTM melalui platform lain seperti penstriman dalam talian RTM, myFreeview (MYTV) dan RTMKlik.
RTM dan Astro telah bekerjasama hampir 30 tahun sejak 1996 menerusi siaran TV1 dan TV2, manakala saluran Okey yang dikenali sebagai TVi dan Muzik Aktif mula disiarkan sekitar 2009.