Sony secara rasmi memperkenalkan peranti andalan baru mereka, iaitu Sony Xperia 1 VIII dengan beberapa peningkatan yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

Xperia 1 VIII tampil dengan perubahan kecil pada rekaan dengan menggunakan rekaan modul kamera baru. Hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.5-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 48MP Ultra Lebar + 48MP Telefoto dan swafoto 12MP. Selain itu, Sony kekal bekerjasama dengan ZIESS untuk menawarkan pengalaman fotografi yang lebih baik.

Sony turut memperkenalkan fungsi AI untuk kamera berasaskan ‘Xperia Intelligence’ yang boleh memberi cadangan tetapan kamera secara automatik mengikut situasi semasa seperti cuaca, subjek dan pencahayaan.
Dimuatkan dengan kapasiti bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 30W berwayar dan juga 15W tanpa wayar. Selain itu, peranti ini masih mempunyai bicu audio 3.5mm dan sokongan kad mikro SD sehingga 2TB.

Peranti ini hadir dengan empat pilihan warna iaitu Graphite Black, Iolite Silver, Garnet Red dan Native Gold. Harga jualan untuk Xperia 1 VIII ini bermula sekitar €1499 (RM 919) untuk 12GB + 256GB dan mencapai sehingga €1999 (RM9225) untuk 16GB + 1TB.