Close

iPhone 16 tidak dibenarkan dijual di Indonesia

Kerajaan Indonesia mendedahkan peranti terbaru dari Apple iaitu iPhone 16 tidak dibenarkan dijual di negara tersebut kerana gagal memperbaharui pensijilan Tingkat Komponen Dalam Negeri (TKDN) dan komitmen pelaburan.

Menteri Perindustrian Negara iaitu Agus Gumiwang Kartasasmita, menyatakan sijil TKDN yang membolehkan Apple menjual iPhone di Indonesia telahpun tamat dan perlu diperbaharui. Proses pembaharuan tersebut masih belum diselesaikan berikutan kegagalan Apple mencapai komitmen pelaburan yang sepatutnya.

Penjualan iPhone 16 akan dibenarkan semula sekiranya Apple berjaya memenuhi komitmen pelaburan mereka di Indonesia. Pada ketika ini, pelaburan semasa Apple di Indonesia dikatakan rendah berbanding jumlah produk yang telah dijual di negara tersebut.

Selain itu, Indonesia turut menggariskan syarat dan prosedur untuk mengira nilai kandungan tempatan bagi peranti elektronik. Melaluinya, terdapat 3 skim yang boleh dipilih iaitu pembuatan tempatan, pembangunan aplikasi tempatan dan pembangunan inovasi tempatan. Apple memilih skim pembangunan inovasi dan telahpun menubuhkan tiga Akademi Apple di Tangerang, Sidoarjo dan Batam.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN