OPPO secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk peranti andalan mereka iaitu Find X8 pada 24 Oktober ini di China.

Namun begitu, OPPO tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada peranti ini. Walau bagaimanapun, peranti ini telahpun disahkan akan hadir dengan cip terbaru dari MediaTek iaitu Dimensity 9400.

Selain itu, OPPO Find X8 akan dilengkapi dengan skrin OLED BOE bersaiz 6.5-inci dengan resolusi 1.5K. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor Utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto Periskop. Dimuatkan dengan bateri 5700mAh yang menyokong pengecasan berwayar 80W dan 50W tanpa wayar.
Peranti ini akan hadir dengan butang tambahan iaitu Quick Button. Butang tambahan ini tidak hanya digunakan untuk kamera tetapi turut boleh digunakan untuk pelbagai fungsi lain. Menjalan sistem operasi ColorOS 15 yang dibina berasaskan Android 15.
Perkara paling menarik mengenai peranti ini adalah ia akan ditawarkan secara rasmi ke pasaran tempatan selepas dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia.