Sebelum ini, kami ada melaporkan berkenaan dengan YouTube menyembunyikan butang ‘skip’ untuk aplikasi mudah alih. Berikutan dari itu, YouTube telah menerima kritikan disebabkan perkara tersebut.
Dalam perkembangan terbaru, YouTube menafikan perkara tersebut dengan menyatakan mereka tidak menyembunyikan atau mengalih keluar butang skip sebaliknya mengubah beberapa elemen cara iklan dipaparkan.
Menurut YouTube lagi, kedudukan atau lokasi butang skip mungkin berbeza mengikut kepada jenis iklan dan kandungan. Bermaksud, butang skip tidak disembunyikan tetapi ia tidak lagi diperlihatkan dengan cara yang sama seperti sebelumnya.
Selain itu, pengguna dinasihatkan untuk sentiasa mengemas kini aplikasi kepada yang terbaru untuk memastikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.