Close

YouTube mula sembunyikan butang ‘Skip’ pada aplikasi mudah alih

Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan YouTube menyembunyikan countdown timer yang memaparkan masa iklan sebelum ia boleh di ‘skip’ atau dilangkau oleh pengguna.

Terbaru, YouTube kini menyembunyikan pula butang skip untuk aplikasi mudah alih. Bermaksud, pengguna tidak lagi dapat melihat butang skip apabila iklan dimainkan sekaligus menyebabkan pengguna perlu menonton iklan sehingga tamat.

Perubahan ini dijangka akan menjadi standard baru untuk aplikasi ini pada masa akan datang biarpun YouTube belum lagi mengumumkan sebarang maklumat mengenainya. Selain itu, perubahan ini dilihat seiring dengan apa yang dilakukan oleh YouTube sebelum ini yang memaparkan iklan sewaktu pengguna ‘pause’ ketika menonton kandungan.

Dengan ketiadaan butang skip, pengguna kini tiada pilihan selain terpaksa menonton setiap iklan yang dipaparkan semasa menonton kandungan pada aplikasi YouTube. Sekaligus, memaksa pengguna untuk melanggan YouTube Premium.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN