Close

Apple Watch Series 10 kini boleh dipra-tempah di Malaysia

Berita gembira untuk peminat Apple di Malaysia. Jam tangan pintar terbaru dari Apple iaitu Watch Series 10 kini boleh mula dipra-tempah di Malaysia.

Apple Watch Series 10 hadir dengan rekaan yang lebih nipis dan skrin lebih besar berbanding model sebelumnya. Menggunakan binaan yang lebih lasak dengan Titanium Grade 5. Dijana dengan cip Apple S10 SiP baharu (System in Package) yang menawarkan peningkatan prestasi yang lebih baik.

Selain itu, ia kini menyokong Sleep Apnea yang mengenal pasti gangguan tidur yang mendedahkan kepada pelbagai masalah kesihatan. Tidak ketinggalan, ia kini menyokong pengecasan yang lebih pantas yang mampu mengecas sehingga 80% dalam masa 30 minit. Ia juga turut hadir dengan sokongan muka jam baru yang dioptimumkan untuk skrin baru.

Apple Watch Series 10 turut menyokong pembesar suara baru yang memudahkan pengguna mendengar lagu atau menjawab panggilan secara terus. Bukan itu sahaja, ia hadir dengan fungsi baru seperti water temperature, tahap kedalaman dan menjalankan sistem operasi WatchOS 10.

Di Malaysia, Apple Watch Series 10 dijual pada harga bermula RM1799 untuk GPS dan RM2299 untuk GPS + Cellular. Selain itu, terdapat juga versi Titanium yang dijual pada harga bermula RM3549 untuk GPS + Cellular.

ARTIKEL BERKAITAN