Close

Meta AI akan tiba di Malaysia tak lama lagi

Meta secara rasmi mengumumkan ketibaan kecerdasan buatan (AI) generatif mereka iaitu Meta AI ke Malaysia tidak lama lagi.

Meta AI akan dikembangkan dan diperluaskan ke 21 buah negara lagi termasuk Malaysia. Untuk permulaan, Meta AI akan tersedia untuk pengguna di Brazil, Bolivia, Guatemala, Paraguay, Philippines dan United Kingdom.

Seterusnya, ia akan dikembangkan ke beberapa negara lagi seperti Algeria, Egypt, Indonesia, Iraq, Jordan, Libya, Malaysia, Morocco, Saudi Arabia, Sudan, Thailand, Tunisia, United Arab Emirates, Vietnam dan Yemen.

Meta AI akan diintergrasikan dengan aplikasi milik Meta iaitu Facebook, Instagram, WhatsApp dan juga Messenger. Melaluinya, pengguna boleh melakukan perbualan atau bertanyakan pelbagai soalan, menjana imej dan video melalui teks, menjana sticker AI dan banyak lagi.

Untuk mengaktifkan atau mengakses Meta AI, pengguna hanya perlu menekan ikon Meta AI pada aplikasi atau menaip “@Meta AI”. Selain itu, pengguna turut boleh mengakses fungsi ini melalui laman web meta.ai.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN