Close

Circle to Search kini tersedia pada siri HONOR 200 Dan Magic V3

Berita gembira untuk pengguna siri HONOR 200 dan Magic V3 di Malaysia. Fungsi Circle to Search kini tersedia untuk digunakan pada peranti berkenaan.

Circle to Search membolehkan pengguna melakukan carian berdasarkan dari apa yang terpapar pada skrin tanpa perlu bertukar aplikasi. Fungsi ini lebih mudah berbanding sebelum ini, yang memerlukan tangkap layar dibuat terlebih dahulu sebelum melakukan carian.

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna hanya perlu membuat isyarat gerak (circle) pada imej atau teks dan ia akan memaparkan hasil carian berdasarkannya. Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah fungsi ini akan turut tersedia pada peranti lain atau sebaliknya.

Di Malaysia, siri HONOR 200 dijual pada harga bermula RM1699 untuk model biasa dan RM2499 untuk model pro. Manakala, HONOR Magic V3 dijual pada harga RM6999.

ARTIKEL BERKAITAN