HUAWEI dijangka akan memperkenalkan peranti andalan mereka tidak lama lagi iaitu siri Mate70.
Menurut laporan, siri Mate70 berkemungkinan akan diperkenal sekitar November ini. Peranti ini dijangka akan menjadi peranti terawal hadir dengan sistem operasi terbaru dari HUAWEI iaitu HarmonyOS Next. Sistem operasi baru ini tidak lagi menggunakan asas Android sebaliknya dibangunkan sepenuhnya oleh HUAWEI.
Selain itu, HUAWEI menjangkakan pengeluaran yang lebih tinggi untuk siri Mate70 iaitu sekitar 50% berbanding tempoh sama untuk siri Mate60. Sebagai rekod, siri Mate60 yang dilancarkan pada Ogos lalu telah berjaya terjual lebih dari 10 juta unit.
Siri Mate70 berkemungkinan akan dikuasakan dengan cip Kirin baru yang menggunakan teknologi binaan 7nm Pro Plus dari SMIC. Ditawarkan dalam 4 pilihan model iaitu Mate70, Mate70 Pro, Mate70 Pro+ dan Mate70 RS.