Close

HarmonyOS Next diperkenalkan – Pencabar kepada Android?

HUAWEI memperkenalkan sistem operasi baru mereka iaitu HarmonyOS Next. Sistem operasi ini tidak lagi menggunakan asas Android sebaliknya dibangunkan sepenuhnya oleh Huawei. Bermaksud, HarmonyOS Next akan menjadi pencabar Android dan permulaan baru untuk HUAWEI.

HarmonyOS Next menggunakan mikrokernel yang dibangunkan sendiri berdasarkan kepada OpenHarmony. Sistem operasi ini akan digunakan pada semua produk HUAWEI sekaligus mewujudkan ekosistem merentas pelbagai peranti. HUAWEI mendakwa, sistem operasi ini menawarkan peningkatan prestasi sehingga 30% dan penggunaan kuasa lebih rendah iaitu 20%.

Tampil dengan antaramuka baru yang menyokong pelbagai tetapan pada home screen dan juga lock screen. Bukan itu sahaja, ia turut hadir dengan peningkatan animasi yang lebih pantas dan juga lancar. Sistem operasi ini turut dimuatkan dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI yang berasaskan model bahasa Pangu.

Selain itu, sistem operasi ini akan dimuatkan dengan fungsi HUAWEI Share 2.0 yang mampu memindahkan fail sebesar 1.2GB hanya dalam masa 8 saat sahaja. Dari segi keselamatan, ia menggunakan seni bina Star Shield yang dibangukan sendiri oleh HUAWEI yang menawarkan pelindungan untuk semua peringkat sistem.

Pada ketika ini, HarmonyOS Next masih lagi dalam peringkat beta dan tersedia untuk pengguna di China sahaja. Peranti yang menyokong sistem operasi buat masa ini adalah HUAWEI Pura 70, Pocket 2 dan MatePad Pro 11 (2024). Sistem operasi ini dijangka akan ditawarkan kepada lebih banyak peranti dan pasaran pada masa akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN