OPPO mengumumkan kerjasama strategik dengan pengeluar kenderaan elektrik (EV) popular dari China iaitu BYD. Kerjasama ini untuk mengintergrasikan sambungan teknologi antara telefon pintar dan EV.
Melalui kerjasama ini, ia akan membolehkan peranti OPPO untuk membuka kunci dan mengawal EV dari BYD dengan menggunakan sistem ‘Phone-Car Connectivity’ . Peranti pertama yang akan diintergrasikan dengan teknologi adalah OPPO Find X8 yang membolehkan ia mengawal BYD Denza Z9 GT.
Sistem tersebut menawarkan pelbagai fungsi menarik seperti arahan suara, mod privasi, navigasi dan juga app mirroring. Kerjasama ini boleh dikatakan sebagai sesuatu yang menarik untuk dilihat. Selain itu, inisiatif yang ditunjukkan oleh OPPO ini memperlihatkan usaha mereka untuk mempelbagaikan dan mengembangkan perniagaan melangkaui industri telefon pintar.
Namun begitu, kerjasama ini mungkin tersedia secara eksklusif untuk pengguna di China sahaja.